Sekiranya anda type di Google perkataan facial spray, anda akan nampak pelbagai jenis spray khas untuk menyegarkan muka.Kini , anda hanya perlu beli beberapa daun teh, dan anda akan dapat menghasilkan spray yang anda buat sendiri.
Cara-caranya;
1- Sediakan setengah cawan daun teh hijau dalam mangkuk
2-Panaskan 2 cawan air meneral
3-Setelah mendidih, tuangkan kedalam mangkuk yang berisi daun teh tadi.
4-Biarkan selama 5 minit.Tapis dan masukkan air tersebut kedalam botol semburan
5-Semburkan pada wajah 2 kali sehari.Biarkan kering.Tidak perlu dibilas.
.jpg)
Ada cara mudah untuk membantu mengekalkan kelembapan wajah anda.
Cara amat mudah agar anda dapat amalkan selalu.
Anda hanya perlu menyediakan sebiji tomato dan dadih sahaja.
1-Kisar tomato untuk mendapatkan jusnya.
2-Campurkan 2 sudu pati jus tomato bersama 4 sudu dadih sehingga sebati.
3-Bersihkan wajah.
4-Sapukan campuran tomato dan dadih tadi pada mata.
5-Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Kedutan pada mata salah satu tanda penuaan yang merisaukan wanita.Ada cara mudah yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan atau malambatkan kedutan pada sekitar mata.
1-Sediakan sebiji telur.
2-Pecahkan telur dan keluarkan isinya.Lihat pada bahagian dalam dibawah kulit telur,pasti ada sesdikit putih telur yang tinggal(yang kelihatan seperti buih kecil)
3-Ambil lebihan telur seperti buih itu dan sapukan pada bahagian kedutan dalam mata.
4-Lakukan Sebelum masuk tidur
5-Bilas setelah bangun tidur.
Khasiat epal memang banyak untuk kecantikan .salah saut daripadanya ialah untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjeragat.Bahan-bahan:
1 biji epal yang diparut
5 sudu madu
Cara
1-Campurkan epal parut bersama madu.Gaulkan hingga sebati.
2-Bersihkan wajah sehingga bersih.
3-Sapukan resipi epal tadi pada seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas bersih
Subscribe to:
Comments (Atom)


